Dec 2, 2009

OMG....Ya Allah tenangkan hati hambamu ini

Emmmm first nak kongsi masalah pasal pakcik seorang yang sangat egois ni, kepada kengkawan yang pernah dan masih merasa tekanan ini akan tahu perasaan tetapi bak kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul huhuhu sesungguhnya tekanan, perasaan dan tahap kesabaran kite berbeza2. Bagi saya rasanya tekanan ni bak memikul sebuah planet yang paling besar dalam sistem solar kita, tidak termampu digambarkan dengan kata2, tidak akan termampu untuk anda bayangkan dan tidak akan sama dengan tekanan kerja yang korang hadapi. Ia sesuatu yang sangat UNIK......

Ya Allah tolong la tenangkan hati hambamu ini.... Sesungguhnya kesabaranku sudah sampai ke tahap yang tak dapat ku tanggung. Selama ini ku bersabar sabar dengan sikap pakcik ni tapi semakin lama semakin teruk jadinya. Teruk sangat, sampai terlintas di otak ni adakah sudah sampai waktu pakcik ni NYANYUK? Semua kesalahan dia, tanpa angin tanpa ribut taufan dan tanpa saya tahu pun boleh jadi kesalahan saya yang paling besar. Sampai dok asyik ulang benda yang sama walhal tu salah dia, mungkin dia ingat kalau dia asyik salahkan saya suma akan fikir salah saya. Emmmm tak heran la pakcik oiii tu memang salah you, sapa suruh you sain agreement tanpa baca? CEO jenis apa yang menandatangani perjanjian tanpa membaca isi dokumen tersebut? Kalu pemalas sangat pun suruhla kami2 ni pekerja you yang baca kami bukannya x reti english pun even graduated local.

Ya Allah Ku mohon keampunan darimu kerana dek tak tertahan menanggung tekanan aktiviti mengumpatla tempat ku melepas tekanan, kepada suami, abg tek, kengkawan tempat ku meluahkan segala yang terbuku dalam hati. Kesian juga sebab dorang mesti tension kan? Sorry n really sorry kawan2. Kalau disenaraikan semua kata2 pakcik tu rasanya tak muat ruang blog ni. Rasanya sepanjang bekerja dengan pakcik ni dosa yang ku tanggung lagi tinggi dari gaji yang ku dapat tu belum masuk bonus bonaza (kata2 mgutuk n ayat power dia) lagi. Rasa semua benda buat serba x kena, belah pagi cakap camni "kalau you tak faham tanya i, i taula u tu dari xxxx. Dah tu melayu pulak memangla you tak pandai. Dah tau tak pandai rajin2la bertanya" dan bila petang cakap camni plak "You janganla tanya benda2 yang senang, ni la graduated xxxx semua benda tak tahu. Inila sikap melayu nak senang je semua nak tanya jadila cam bangsa lain explore itu ini"....Aiks x ke boleh jadi gile, tu dalam hari yang sama cuba bayangkan untuk esok hari je xyah fikir lebih.

Tu tak termasuk yang dia suka membebel, boleh dia membebel tanpa henti dari pagi sampi petang pastu mengamuk sebab letih bercakap. Tak ke bodoh namanya tu? Kite plak salah sebab buat dia membebel aiksss mulut sapa kan? kalau ada suis untuk tutup mulut dia dah lama saya pecahkan so xbleh la nk on lagi tenang hidup.....Nak doakan tak baik untuk dia cian plak kite kan masih ada perimanusia, yelah doa orang yang teranayai kan makbul biarlah Allah yang balas. Kalau nabi maafkan umat itu kalau nabi tapi saya bukan nabi so minta maaflah selagi bekas/parut dalam hati ini ada selagi tu saya tak maafkan. I'm Sorry!!!!!!!!!!!!!...eh teruk sangat ke saya? Tidak rasanya kalau korang berada di tempat saya, pada kengkawan yang merasa betul tak?......Kalau dia tak sentuh pasal peribadi saya it's ok tapi dia sangat melampau dahla selalu sentuh pasal peribadi, hal rumahtangga sampai anak yang belum lahir pun dia cakap macam2...Sakit die hanya saya je yang alami.

bersambung ye........

Interesting web for birthday, wedding, graduations gift....

Pengintip VVIP

Realtime Globe

Displays the visitor locations and recent hits live and in realtime
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie First Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers lb3m.lilypie.com/TikiBlogger.php/7qIE

>Leave Your Message Here<




ShoutMix chat widget